Tuesday, April 21, 2009
It has been a month to not doing anything on this blog..so ppl out there, im just to remind u tht we have an annual meeting on this coming May 1st..do bring your brilliant ideas on tht day and throw it to the board members..food and beverages are being serve to you guys..nyum!nyum!nyum!..support our local club..
Monday, April 6, 2009
LTMC WORLD
satu perjumpaan akan diadakan pada 1 mei 2009. kepada ahli2 LTMC sila beri jawapan utk kehadiran. reply diposted comment..(sertakan nama sekali)
Tuesday, March 31, 2009
Persidangan Ahli-Ahli Kelab LTMC
Sukacita dimaklumkan bahawa ahli-ahli kelab LTMC dijemput untuk menghadiri persidangan.
Tempat : Balai Raya Blok J
Tarikh : 4 April 2009
Masa : 9.00 malam
Agenda : Perancangan Aktiviti Kelab
Hal - hal Pentadbiran
* AJK kelab adalah diwajibkan hadir.
Tempat : Balai Raya Blok J
Tarikh : 4 April 2009
Masa : 9.00 malam
Agenda : Perancangan Aktiviti Kelab
Hal - hal Pentadbiran
* AJK kelab adalah diwajibkan hadir.
Friday, March 13, 2009
Aktiviti Tahunan
Ahli Majlis Tertinggi telah sebulat suara untuk melaksanakan pelbagai program pada tahun 2009 demi untuk memenuhi aktiviti terluang ahli-ahli kelab. Cadangan telah diusulkan agar aktiviti rekreasi menjadi aktiviti utama Kelab LTMC pada Tahun 2009. Cadangan aktiviti pada tahun 2009 adalah :-

Berkonvoi ke Kalumpang Resort & Training Centre
- Ahli Kelab LTMC akan membawa kenderaan masing-masing menuju ke Kalumpang, Hulu Selangor.
- Aktiviti utama adalah bersantai dan berkelah di air terjun.
- Hidangan BBQ juga akan disediakan sebagai santapan perut yang lapar.
- Lain-lain aktiviti adalah bebas (sebarang pergaulan bebas adalah dilarang).

Menjejak Pulau Tioman
- Ahli kelab akan menaiki bas ekspres ke Mersing dan dijangkakan akan tiba di jeti pada waktu Subuh.
- Seterusnya Ahli Kelab akan menaiki Bot Ekspres pada pagi tersebut menuju ke Pulau Tioman. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.
- Aktiviti di Pulau Tioman adalah bebas.
- Percutian ini akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam.
Perlawanan Futsal Merdeka '09
- Perlawanan Futsal akan diadakan sempena menyambut bulan Kemerdekaan Tahun 2009.
- Hadiah kepada pasukan yang menang akan disediakan oleh pihak penganjur.
LTMC Flying to Sabah
- Ahli Kelab akan memulakan perjalanan dengan berkumpul di LCCT, Sepang.
- Mereka akan menaiki penerbangan Airasia menuju terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Penerbangan akan mengambil masa selama 2 1/2 jam.
- Aktiviti utama adalah melawat kaki Gunung Kinabalu, mandi di Kolam Air Panas Poring, membeli buah-buahan di Kundasang, menjejaki Tip of Borneo di Kudat, berlayar ke Pulau Manukan dan Pulau Gaya, membeli mutiara di Pasar Filipindan lain-lain.
Semua aktiviti diatas masih di peringkat perancangan dan belum diputuskan lagi. Perlaksanaan aktiviti diatas adalah mengikut persetujuan Ahli Kelab. Diharapkan agar Ahli Kelab dapat memberi kerjasama untuk merealisasikan aktiviti tersebut.
Thursday, March 12, 2009
Selamat Datang
Selamat Datang diucapkan kepada semua ahli-ahli kelab ke web rasmi Lebah Tanjong Motor Club (LTMC). Web ini akan memaparkan segala maklumat berkenaan aktiviti terkini kelab LTMC. Ia juga akan menyediakan sistem pendaftaran ahli kelab secara maya. Namun sistem ini masih di peringkat penyelidikan dan akan dilancarkan sedikit masa lagi. Diharapkan agar web ini akan memberi maklumat terkini kepada ahli kelab secara lebih pantas dan moden. Web ini masih lagi di peringkat percubaan. Sebarang idea dari ahli kelab untuk memperkemaskan web ini amat dialu-alukan. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)