Ahli Majlis Tertinggi telah sebulat suara untuk melaksanakan pelbagai program pada tahun 2009 demi untuk memenuhi aktiviti terluang ahli-ahli kelab. Cadangan telah diusulkan agar aktiviti rekreasi menjadi aktiviti utama Kelab LTMC pada Tahun 2009. Cadangan aktiviti pada tahun 2009 adalah :-

Berkonvoi ke Kalumpang Resort & Training Centre
- Ahli Kelab LTMC akan membawa kenderaan masing-masing menuju ke Kalumpang, Hulu Selangor.
- Aktiviti utama adalah bersantai dan berkelah di air terjun.
- Hidangan BBQ juga akan disediakan sebagai santapan perut yang lapar.
- Lain-lain aktiviti adalah bebas (sebarang pergaulan bebas adalah dilarang).

Menjejak Pulau Tioman
- Ahli kelab akan menaiki bas ekspres ke Mersing dan dijangkakan akan tiba di jeti pada waktu Subuh.
- Seterusnya Ahli Kelab akan menaiki Bot Ekspres pada pagi tersebut menuju ke Pulau Tioman. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.
- Aktiviti di Pulau Tioman adalah bebas.
- Percutian ini akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam.
Perlawanan Futsal Merdeka '09
- Perlawanan Futsal akan diadakan sempena menyambut bulan Kemerdekaan Tahun 2009.
- Hadiah kepada pasukan yang menang akan disediakan oleh pihak penganjur.
LTMC Flying to Sabah
- Ahli Kelab akan memulakan perjalanan dengan berkumpul di LCCT, Sepang.
- Mereka akan menaiki penerbangan Airasia menuju terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Penerbangan akan mengambil masa selama 2 1/2 jam.
- Aktiviti utama adalah melawat kaki Gunung Kinabalu, mandi di Kolam Air Panas Poring, membeli buah-buahan di Kundasang, menjejaki Tip of Borneo di Kudat, berlayar ke Pulau Manukan dan Pulau Gaya, membeli mutiara di Pasar Filipindan lain-lain.
Semua aktiviti diatas masih di peringkat perancangan dan belum diputuskan lagi. Perlaksanaan aktiviti diatas adalah mengikut persetujuan Ahli Kelab. Diharapkan agar Ahli Kelab dapat memberi kerjasama untuk merealisasikan aktiviti tersebut.
6 comments:
Tahniah kepada saudara An kerana telah menyediakan blog LTMC.Semoga rakan2 dpt berkongsi
idea utk menjayakan matlamat kelab.
thanks..
ngape tak letak gambo lebah yang biasa kite gune..tu kan dh jd trademark LTMC..
kalo bleh link kan gambar tu..
Untuk makluman..lambang tu x sempat upload lg..korg jgn risau cz niat nk letak lmbg asal mmg ada aku aku xde softcopy buat waktu nih..kena carik dulu..biarla tebuan posing dulu..hehehe..
Post a Comment